Wednesday, October 19, 2011

Lompat pagar, panjat pagar or susup bawah pagar

Tadikan, setelah kebuntuan cari idea nak writing paper, maka aku pun berjalan2 sambil ambil gambar bunga2 yang kembang mekar di Botanic garden...

Purple flowers


Pink flowers
Red flowers

3 colors flowers....hah ni ada kat Malaysia..aku pun ada tanam tau....


Cantikkan bunga tuh, tapikan korang tak berminat ke nak tau pasal cerita pagar tuh. Bukan pokok panjat pagar tau, tapi orang tau !!!!!! Alkisahnya, aku terkurung dalam taman tuh gara-gara2 menyangkakan ia tutup 6.45pm during daylight saving. Rupanya it is only applied during weekends....So padanlah muka aku masa tu dah 5.30pm, sedangkan 5pm dia dah tutup. Camna aku nak keluar???? Tidaklah aku panik coz tengok ada sorang minah Oz masih tergolek baca buku kat tengah taman tuh. Bila aku call sorang adik ni, dia kata mmg kena panjat pagar. Malulah aku nak panjat pagar taman yg depan uni, kan depan tu jalan besar n tempat org tunggu bas. So, aku memilih untuk memanjat pagar di pintu utama, which means that aku kena patah balik la kan...Sampai kat sana, alamak pagar tinggi tuh. Luckily adik tu nak datang, dia kata nak tolong. Tak tahulah dia nak tolong camna kan, takkan dia nak dukung aku pulak hehhee. Aku memula kata tak payah, coz seganlah nanti dia nampak kakak dia yg tua ni panjat pagar. Tapi bila dia kata dia tau tempat mana yang orang biasa ikut bila terkurung dalam taman tuh, so I just agreed. Sambil tunggu dia, sambil aku makan junk food yang aku baru beli tadi...

Hah ko! lainkali kalau hangpa pi mana2, make sure ada bekalan termasuklah wang dan handphone ya ;))....So, bila adik tu smpai dia kata ada 2 pilihan...panjat pagar or susup bawah pagar. Takkan aku nak lompat pagar pulakkan. Tapi nak susup bawah pagar tuh aku kena lalu bawah pokok apatah...yang macam ala2 pokok tebu tuh...hish. Pulak tu kena hati2 or else boleh jatuh dalam paya.....Tapi korang rasa aku muat ke ikut lubang ni??????




Korang muat???
.
.
.
..
.
.
Nak susup pun kena ada teknik jugak since ruang tu hanya 1 kaki tinggi je. Nak merangkak/menyarap or baring ?????Aku cuba merangkap cam susah je. Takut sangkut montot, lagilah malu ngan adik tuh...At last aku baring sambil pegang pagar dan heret/tarik badan keluar. Sib baik adik tuh tak jumpa camera aku or else terakamlah peristiwa itu....Geram ada, lawak pun ada kan....What an experience :). I learnt my lesson lah, apa2 pun kena redhalah dengan apa yg berlaku. Aku bersyukur kerana ada rakan yang prihatin untuk datang membantu selain jadi tukang gelakkan aku lah ;))................

Kan aku dah kata adik tu selain gelakkan aku, dia buat aku gelak besar pulak dengan hantar mesej FB nih at 7pm

" 19 Oct:Hari ini dalam sejarah. Seorang pelajar PhD di U... dalam bidang .... telah berjaya menceburi bidang ketenteraan ala-ala komando baru-baru ini. Selain fokus terhadap penyelidikan, beliau turut meluangkan masa beliau untuk menjalani latihan di Kem Botanic. "

Alamak badan aku dah gatal-gatal nih. Yelah dah buat latihan combat kan atas rumput hahhaa. Oklah lepas maghrib kena balik la. Tak boleh tunggu sampai 9.30pm. You all sambung tengok gambar munge ye..tapi yang bunga ros in the next entry...


.

1 comment:

  1. hahaha....kalau akak harus tak lepas ikukt bawah pagar tu. mesti gelak besar u all kan...hehehe....cantik nya lah bunga2 tu fai...tq for the photos....

    ReplyDelete