Saturday, October 29, 2011

Menu tak free ek?

Bila dah makan free for almost one week, tetiba tekak ni mengada-ngada nak makan benda dibeli pulak. So on sunday the 23rd, I joined my friends having brekky by the harbour and strolling along the beach.

Huish breakfast omputih tuh ...smoked salmon, grilled prawn, scrambled egg, grilled tomato, sourdough bread and spinach...yummmmmmmmmmmmmm

Sedap ke?
Sedap sangat...

Mahal ke?
Mahal jugaklah, tapi dah namanya studentkan...beli 2 set share bertiga ;))....konyang gilos, tambahan pula bila dinikmati bersama hot choc.


Please note that I didn't eat that marshmallow ya, tidak pasti gelatinenya dari sumber mana....

Then kami nak pi main pasir, dan ternampak macam ada children telematch je....

Jom kita turun tangga...

Wah bunga di pantaiBebudak ni suruh ambil gambar depa

Thenand
Huish panaslah kat beach ni. Jom kita pi city, nak pi gallery tak bukak lagi, kita pi asian groceries dulu, then kita lepak jap kat easy way.

Nyampah betul dengan kandaku. Sibuk je kata pearl tu boleh beli kat kedai and rebus sendiri. Habih awat hangpa tak buat sendiri? Awat hangpa dok mai sini ? Bila aku cakap aku beli pearl tea in Malaysia tak sedap, dia kata dia beli ok je. Habih....kita p kedai sama ke? Aku p Seremban, hang p KL? Lainlah memang under the same franchaise. Actually benda ni takde apa pun. but the way she say it so irritating lah.....Eh! bebel pulak. Kita p gallery sat no, Then, kita balik rumah jalan kaki ek, bakar kalori ;)).

Tetiba malam tuh teringin nak makan ikea meatball. Tengok recipe kat sini, jangan pulak korang letak the second item tuh....Harammmmmmmmmmmmmm. Tapikan aku ikut sukatan bantai aje. Bahan pun tak cukup. So instead of meatball, jadilah penyek and rentung meat hehehhe

Ada rasa ikea meatball?
Tak tahu coz tak pernah makan.

Apa rasanya?
Hmmm....macam apa ek............jap nak fikir....
.
.
.
.
.
.
.
dah macam pegedil rasanya hahahha....Habih dah kentang lebihkan hahhaa....
Hari senin tak pi uni, so for my lunch aku dah malas nak made the mixture into ball, so aku penyek je. Tapi minyak sikt pulak, so bila goreng hancur.....So beginilah jadinya daging hancur


Hari Selasa aku lunch instant noodle je. Hari rabu tak pi uni, aku baca artikel sambil layan cite korea tuh dari 6am-8pm...Berbaldi air mata mata ku tumpah. Sibukkan, so aku masak telur masak kicap bersambal+beans. Tapi nyesal letak cili...pelik benar rasa. Aku makan je lah. Hari khamis barulah aku bawak bekal nasi goreng. Tapi air ayam tu terlebih pulak, tu yang nasi lembik tuh....Petang tu pi city, teringin nak makan sushi. Biasanya kalau dah petang diturunkan harga, ni tak pulak. So aku beli je la.....So dapatlah tiga sekawan ditepi hutan

Hutan salad tu aku buat sendirilah.

Haritu kami ada trip ke gunung, kawan aku order salad yg ala2 gini. Tapi ini versi tak cukup bahan. Kalau ikut apa yg kami makan haritu ada spinach+ crouton +avocado+pine nut+balsamic vinegar....

On friday, aku bawak bekal nasi goreng lagi, tapi kali ini aku tambah spinach tu la. Malam tu, aku kuar opis around 9.35pm dan sampai umah nearly 10.15pm. Luckily ada mamat jepun buat teman sembang masa dalam bas and balik umah. Dia tanya bila Islam mula tiba di Malaysia. Terkial2 aku nak jawab....Camna boleh lupa ya. Dia minat sejarah katanya. Tetiba aku terbayangkan pedagang Arab dan Batu bersurat Terengganu ;).... Then defrost udang, maka terjadilah tiga sekawan sesat di hutan.....

Actually, semalam bila takde idea for writing, aku saja tengok masterchef recipe. Teringin pulak nak makan poached egg and hollandaise sauce....So I made it for brekky today...


Mana saucenya, tak jadilah....terlebih butter, so nak kasi pekat aku tambah mayonaise heheh...Tak kuasa nak tayang....Menjadi ke poached egg tuh??????

Kalau tak silap, bila tengok dalam masterchef...runny yolk tu menjadilah gamaknya hehehe....Huish pandai gak aku buat ek...first time tuh....

Ini pulak blakpepper mushroom...menu bila tah...jap tgk gambar 14/10...dah 2 minggu terperap tuh......

2 comments:

  1. wahhh...lawa lah poached egg u fai, mcmana u buat boleh dpt texture mcm tu...ni goreng ke steam? cantik lah....bila akak tgk gambar hot choc tu terus berbunyi perut akak....rasa nak pi buat lah kat pantry, tapi kat ofis tak ada coco....guna milo pun boleh kot...huhu...

    ReplyDelete