Selamat menjalani ibadah puasa. Selain mengejar nikmat dan ganjaran berpuasa, segelintir orang termasuk saya ingin menurunkan berat badan semasa bulan Ramadhan. Sememangnya puasa merupakan satu cara detoks yang bagus untuk tubuh kita selain membantu melancarkan sistem penghadaman yang secara tak lansung boleh menurunkan berat badan setelah menjamu selera dengan pelbagai hidangan sebelum ini. Silalah saksikan maksud pelbagai hidangan ini ;). Misalnya pada hari sabtu lepas, ada rakan yang menjamu kami dengan Mexicana pizza dan chicken sis
di turkish restaurant.
Seterusnya, pada hari Ahad lepas kami ada potluck orang bujang. Macam-macam ada. Antara juadah yang dibawa ialah nasi hujan panas, kari udang, fish fillet, mee bandung, roti jala, kari daging, sambal goreng jawa dan pelbagai desert.
Saya menyediakan pulut kuning dan rendang daging.
Heheheh tapi pes Mak nyonya lah ;))...Semestinya kami perlu tapau makanan yang berlebih. Saya membawa balik cupcake dan puding selain nasi lemak tanpa sambal, ayam goreng dan kari daging.
Untuk dinner pada hari ahad, saya menikmati lebihan pulut dan rendang daging.
Seterusnya pada hari Isnin saya menikmati lebihan nasi lemak dan ayam goreng yang telah saya serikan dengan pelbagai aksesori seperti sambal ikan bilis, kacang+telur dan papadom.Lebihan kari daging pula menjadi bekalan makanan tengahari pada hari Selasa
dan menjadi makanan malam saya juga.
Pada hari rabu pula, saya terpaksa membeli makanan iaitu lemon chicken.
Hari khamis pula saya berbuka puasa dengan mee sanggul.
Manakala pada hari Jumaat saya menikmati makan tengahari juga dengan mee sanggul dan dinner dengan pakora.
Seterusnya pada hari Sabtu kami menghadiri dua majlis iaitu sesi suai kenal di hostel kami dan seterusnya majlis menyambut puasa di rumah kawan kami. Semestinya banyak hidangan yang dinikmati semasa menghadiri majlis dirumah kawan kami. Ada gulai ayam, ikan goreng, sambal belacan, pajeri nenas, kuih bingka, keria dan macam-macam2 lagi yang sama ada tidak tercapai dek tangan ataupun memang tidak tertelan dek tekak dan tidak diterima perut yang penuh dan boroi ;).
Pada hari ini pulak, saya menikmati brunch dan dinner dengan lebihan baklava, pide dan tzatziki dari majlis di hostel kami. Saya bersyukur dengan rezeki ini. Melihat kepada senarai makanan itu, maka tidak hairanlah, berat badan saya telah melebihi 47kg pagi tadi :(....dan menunjukkan betapa saya perlu menurunkan berat badan terutamanya di bulan Ramadhan ini.
Tadi kawan mempelawa saya menyertai mereka untuk solat tarawih di masjid. Namun saya terpaksa menolak kerana ingin menyiapkan paper yang perlu dihantar kepada supervisor malam ini atau esok. Nampaknya solat tarawih di bilik je la....Alhamdulillah, tepat pukul 7pm saya telah selesai solat tarawih pertama :). Sambil menonton Masterchef, saya menikmati pide as my dinner dan seterusnya ada adhoc house meeting. Kami teruskan juga meeting, walaupun agak terkilan ada housemate yang tidak mahu menyertai meeting ini. Bersangka baiklah di bulan Ramadhan :)....Oklah, nak meneruskan perjuangan in my paper correction. Semoga dipermudahkan urusan Phdku. Semoga saya dapat mendapat ganjaran hari pertama Ramadhan pada esok hari. Agak risau kerana telah ada simptom-simptom itu :(.....
Salam Ramadhan al-Mubarak...Semoga kita dapat menikmati Ramadah kali ini dengan lebih kusyuk dan bermakna ...
No comments:
Post a Comment