Sunday, July 10, 2011

Dilema serumah dengan Minah Iran

Ingat tak pasal senior resident yang tolong aku bukak pintu bilik from previous post? She is an Iranian. Actually on may 13th, we had a talk and she asked me to move in with her. Coz dia tak mau serumah dengan orang baru yang dia lansung tak kenal. Selain dia ada bad experience tinggal serumah dengan orang Iran jugak. So pandailah dia pujuk aku betapa untungnya tinggal rumah yang hanya dua bilik sahaja berbanding dengan unit aku sekarang yang ada 6 bilik. Yelah kalau 6 bilik, 6 orang, 6 perangailah kan ;)). Lagipun she really clean and tidy person and kinda quiet person. So, she said that she know that I'm like that too (ye ke???).

Hari sabtu aku berkesempatan untuk menjenguk her unit. Sangat bersih and berkilat. Not like hostel but just like proper cosy house. Dengan ada throw cushion on the sofa. Ada pepohon hijau. Dapur yang berkilat etc....Dia siap psycho lagi bila dia kata nanti unit kami akan di renovate this summer. Alamatnya kami kena pindah to other unit which may me a mixed female and male unit which of course not comfortable and normally dirty. Sebab tu aku kena packing sesiap haritu hahaha.

Tapi ada pro and cons

Pros
1. only two of us, tak payah pening dengan perangai orang yang pelbagai.
2. She's clean and tidy person so I will not see anymore disgustingly unpick fallen hair on the wet bathroom floor.
3. In case memang ada renovation, aku tak perlu susah hati nak pindah randah

Cons
1. The room smaller than my current room
2. Only 1 bathroom and toilet -not separate. Kalau aku sakit perut camno???
3. Malas nak packing and pindahkan barang yang banyak dalam wardrobe and bawah katil.
4. Her boyfriend sesuka hati je masuk rumah tu, mesti aku tak selesa dan segan nak menyeksi hahhaa. Kot depa buat projek nanti, takkan aku nak biar je walhal she's muslim.
5. She's too clean nanti aku stress pulak
6. Maybe tak selesa nak dinner together sebab selera Melayu and Iran
7. Afraid that she can't stand with asian way of cooking yang banyak menumis. She has complained about strong smell comes from our unit previously. Just imagine if we have to stay together hehehe.....

So two days after that I called her. Actually she came to see me first, but then I was on the phone. So, I just apologized and said that I prefer to stay in my unit. Nak tau apa jawapan dia.?????
.
.
.
.
.
.
.
Ok, fine.

La itu je ke? Ku sangkakakn dia akan pujuk rayu. Bila tanya my Indo housemate, she also got the same response. In fact when they accidently met, she is not that friendly anymore....Whateverlah. I think I made the best choice hehehe. So I would rather say the cons no.8 is

I'm only a second choice after my Indo housemate, S, refuse to move in with her...

As you all know the chinese housemate have already move out to another unit last week. Then european housemate pun dah tamat kontrak n she has to move out. Now she is enjoying herself in Cairns. So, we have two empty rooms. Yesterday we got new housemate, oh! No not again she's indonesian. Aduhhhhh....kok bisa jadi begini lagi. Serupa studi di Malaysia or Indonesia sahaja.....bukan di Australi .....So tadi bila housemate M jumpa minah iran, dia cakaplah we want european, tetiba si mamat jerman cakap NO WAY....MInah iran cakap unit kami banyak problem huhuhu. Rupanya ada gosip pulak...hish depa ni pi shopping ka pi gossip. Rupanya si S selalu complain pasal unit kami, dia tak suka semua org kecuali I...hah nasi baik ko....Kiranya semua oarang tak kenalah...yg chinese hmate pengotor, young Malaysian selfish, mature Malaysian byk cakap, european turun tangga berlari=bising. Aku pun suka complaint gak kan dalam blog ni, tapi tak selalu kan ;)). Yang buat minah Iran bengang dia selalu complain tapi bila minah Iran ajak pindah tinggal sekali dengan dia tak mahu pulak. So she said kinda wasting her time.....So boleh nampaklah siapa sebenarnya yang ada masalahkan untuk sesuaikan diri hehhehe.....kalau moderate kan bagus....macam aku hahhahaa

Tadi, minah Iran datang unit kami saja nak welcoming our new indo housemate. Sekali lagi kami cakap kalau boleh tak maulah Asian housemate. Then dia cerita betapa sengsaranya hidup dia dengan european/british undergrad. Yang berparty, yang mabuk, yang vomit everywhere, apartment without rubbish bin and rubbish berselerak n berterabur di dapur. BIla pindah dengan australian postgrad pulak, pun sengsara jugak...tak flush toilet, bawak boyfriend balik, bergaduh, buat project sampai terdengar dek dia. Sebab tu she's very selective and choosy bila pilih housemate. Haritu dia ada housemate Indo from Bali dia suka coz orang tu very clean. Then orang dari negara dia tak sebulu pulak. Orang tu invade her privacy pulak dan dia dah jadi macam mak-mak pulak dengan minah yg ada emosional problem. Bila dah tak sehaluan lansung tak bertegur sapa dalam rumah cinonit tuh. Then dia tinggal dgn Indian girl tu oklah. So, bila Indian girl dah habis, tu yg dia ajak Indo hmate, S yg clean freak tuh. Tapi tak nak pulak. Dia ajak aku pun tak nak jugak. So, dia kena jugak terima org baru. So akhirnya dia pilih a girl from china, terkejut jugak kabarnya dia pembersih .....

Selain tuh dia ada jugak cerita yg our resident manager got the feeling that unit kami prefer muslim. Tu yang kami dapat housemate Asian takpun from the same country. Kami tak pernah pun cakap camtuh. Just wonder where she got that idea....Housemate M kata mungkin that Indo housemate. I don't know....not impossible. BIla fikir balik mungkin berpunca dari housemate M yg sometimes suka making provocation and arguing other people belief. I don't know the right word, but sometimes the way she wanna convey the beauty of our religion is not that proper even though her intention is good. Lagi orang takut and jauhkan diri adalah...

Entahlah, kadang2 Si M tidak boleh dipercayai jugak. Suka menyampaikan. Kalau benda tu betul atau cerita yg lengkap takpe. Kan aku ada bebel pasal vakum cleaner yang balik2 aku jugak yg bersihkan. Aku cakap benda yag sama kat M last Sundaylah. So bila dia tanya "S tak bersihkan ke". Aku cakap "mana pernah". Tapi lepas tu aku terpikir mana aku tahu kan, aku pun tak pernah nampak. Then aku cakap dengan M, "Tapi tak tahulah kok dia bersihkan saya tak nampak". Korang tahu semalam M kata dia beritahu S supaya bersihkan vakum cleaner bila dah guna. Tapi S cakap kalau dia buat dia tak ngomong kat orang. Then dia kata S macam bengang. Tapi pagi tadi S cakap dengan aku, Si M cakap "F cakap dah guna vakum cleaner tuh, bersihkan, you tak pernah bersihkan". Tengok tu...dia libatkan aku pulak. Dia nak tegur, tegur je la. Suka sangat libatkan orang. Lagi satu macam aku pulak buat cerita. Bukan ke lepas tu aku dah nyatakan aku pun tak pasti...Entahlah!!!! dua2 orang ni pun aku tak percayalah. Si M pernah cakap S ni pengecut atau tak berani tegur orang. Suka ada proxy atau wakil pulak. Dia complaint S nak tegur aku melalui dia, kononnya aku ni tak pi solat raya, tapi boleh beli barang mahal2. Memang aku teringat lagi masa tahun 2009 kami tak pi solat Aidil Adha coz tiada siapa yg offer nak tumpangkan kami. Masa tu tak terfikir nak naik bas.
S : Tak pi solat?
Aku: Tak?
S: kenapa?
Aku: Tak tahu nak tumpang siapa.
S: Tiada teman yg bawa?Kalau kami Indo saling bertanya.....
Aku: Dah penuh kot. Seganlah nak nyusahkan orang(Aku mula bengang coz diasak begini-lagipun dia tanya dengan nada tegas. Dia ingat dia sape?)
S: Kenapa tak naik taksi?
Aku: Mahal kot
S: Kalau share tak mahal
Aku: Kat malaysia pun aku jarang pergi solat raya. Di kampung aku perempuan susah nak pergi sebab orang lelaki pun tak cukup ruang sampai sembahyang atas rumput
S: Tapi setahun sekali .......
Aku:...(aku pun tak ingat apa aku cakap, coz dah bengang)

Masa tadi dia nak cerita gosip pasal S pun, dia dok complaint Si S tak mau tegur I sendiri, tapi beritahu dia dan bagi contoh "entah2 makna bacaan solat F tak faham". How do you feel if you were me? Teruk sangatkah aku ni? Aku memang tak pakai tudung dan banyak kekurangan. Tapi mana depa tau aku tak faham bacaan solat. Tapi kalau beginilah orang yang baik-baik dan alim, yang sorang anak ulama yang sorang hajah yang dah banyak kali pi umrah juga dan selalu pi kelas agama punya perangai.....Mereka rasa mereka cukup bagus dan sempurna dan boleh menegur orang tetapi tidak dapat menerima kalau ditegur . Tapi mereka lupa mereka pun ada kekurangan. Mereka juga ada kalanya riak, takbur, dengki dan membeli barang yang tidak perlu dan membazir. Mereka pun beli jugak benda, yang aku pun berfikir 2/3 kali utk beli. Contoh si S beli je t-shirt Giordano nipis yg berharga aud29 tuh, walaupun aku kata mahal. Si M beli je blouse yg harga aud60. Yang harga tu aku tau coz aku keluar sekali dengan S, manakala for M dia yg beritahu. For me, kalau jacket aku beli jugaklah with that price, tapi once again akan ulang banyak kali sehingga dapat harga lebih murah. So, masing-masing punya tahap kemampuan dan tahap 'kemahalan" berbeza. Cuma hormatilah hak orang dan janganlah cuba masuk the border sewenang-wenangnya dan terus buat conclusion. How do they know I buy the expensive thing unless they 'scan' everything in my room. Aku rasa pasal jaket yg aku beli. Padahal tag tu harga sebelum diskaun hahhaha. Aku tak kisah orang nak tegur aku, tapi tegurlah cara baik. Dan satu lagi jangan samakan you dan cara hidup you dengan orang lain. Macam solat Aidil adha kan sunat, kenapa nak bebelkan aku pulak? Lainlah kalau aku lansung tak solat lima waktu. Kenapa mempertikaikan apa yang aku beli pulak? Ingat tak aku cakap dulu hubungan sesama manusia pun mereka tak jaga sebab tu mereka boleh tidak bercakap dengan housemate lebih dari sebulan dan tidak bercakap dengan ofismate hampir setahun. Seteruk-teruk aku yang tidak pi solat raya dan kononnya tak faham bacaan solat ni, tidaklah aku pi keluar dengan lelaki berdua-duan ke taman ataupun pi kembara ke tanah gersang Uluru

p/s : This monday morning at 9.30pm, bila aku pi toilet ada pulak yang tak flush properly...Yang kat atas ni ada tiga orang je, aku, matured Malaysian and new Indo housemate............

update at 12.27pm monday:
Aku nak basuh baju, tapi aku hairan the water does not flow into the washing machine. Last nite aku guna ok je. Bila aku tengok ampaian, macam baju new housemate je yang masih lembap. Terpikir jugak nak check water tap tapi tak berani, coz selama ni kami hanya press the button according to our selection, benda lain tak sentuh. So, aku buat maintenance report. So, bila new housemate balik, aku tanya dia masa dia basuh baju pagi tadi ada problem ke. Dia kata tak. Then aku cakap, air tak mengalir masuk, dia ada buat soemthing ke. Rupanya dia kata dia pusingkan water tap tuh. So, aku suruh dia tunjukkan how did she do it and told her not to touch anything else next time. Hish! Tak pasal2 aku kena buat another report to cancel the first report. Saja nak nyusahkan aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memamng silap tajuk post ini kan....supposed DILEMA SERUMAH DENGAN MALAYSIAN/INDONESIAN

1 comment:

  1. ye lah yang...kasi tukar tajuk., citer minah iran sikit je, tp citer pasal yg lain2 tu yg lebih...hikhik...mmg ramai org yg mcm tu fai, dia ingat dia lah yg paling alim, dia lah yg paling banyak kutip pahala etc...pastu ikut sedap mulut nak mengata orang...akak benci org mcm ni tau...

    ReplyDelete