Thursday, July 14, 2011

Berkata tak semestinya berjanji...

Betul ke? Entahlah, tapi begitulah 'budaya' sebahagian orang kita di sini
Mungkin mereka LUPA ;)

Pengalaman saya

1. Rakan AZ mendapat Tv free peninggalan rakan lain yang kembali ke Malaysia. Tahun lepas, dia pernah berkata akan memberikan Tv tersebut kepada saya pula sekembalinya ke Malaysia nanti. Tahun ini, dia berkata akan buat garage sale pulak...

heheheh bila AUD menguasai,
terus lupa janji,
nak dijual juga barang free

2. Saya perlu ke Melbourne atas urusan penajaan. Minggu lepas, rakan An berkata ingin menyertai saya ke sana nanti. Minggu ini, saya mendapati An akan ke sana minggu depan. Saya dapat maklumat ini dari rakan lain yang secara tak sengaja telah menghantar mesej kepada saya. Tidak kisahlah dia nak pergi bila dan menyertai siapa. Saya pun sudah biasa travel berseorangan. Tidak kisahlah nanti saya akan pergi ke sana juga. Tapi bukankah lebih baik beritahu saya daripada terlebih dahulu daripada membiarkan saya membuat perancangan dengan pemahaman yang dia ingin ikut serta. Apa-apapun saya bersyukur saya tahu lebih awal...daripada tahu lambat :(. Heheheh ! Lainkali jangan sorok-sorok atau tak mau heboh...Kasihan, perancangan tak menjadi pulak ya wahai Kekanda-kekandaku sayang :)))))))))))))))))))))...Nampaknya hasrat kekanda Mm nak membalas dendam tak menjadi pulak...Hmm..To An are you sure you can get along with Mm? Good luck ;))))))

Pengalaman orang lain

1. Rakan Az berkata dengan rakan Mm untuk menguruskan penghantaran barang bersama-sama. Tapi akhirnya rakan Az menyertai rakan lain pula tanpa memberitahu atau meminta maaf dari Mm...

Kesimpulannya :

1. jangan sesuka hati berkata jika anda sendiri tidak pasti. Mungkin ada yang menganggap ia hanya omongon kosong, tetapi ada juga yang menganggap ia sebagai janji. Oleh kerana itu saya cuba mengelakkan untuk berjanji. Saya biasanya akan berkata
tidak pasti
saya tidak berani janji
Insya allah saya cuba

untuk mengelakkan orang menganggap saya mungkir janji lantaran sikap saya saya suka berubah fikiran atau berbuat sesuatu secara adhoc....

2. Jangan terlalu mengharap atau meletakkan harapan yang tinggi pada seseorang atau sesuatu perancangan. Sekiranya sesuatu itu tidak berlaku seperti yang diharapkan ia akan membuat kita kecewa. Perlu juga berfikir kemungkinan sesuatu yang buruk atau tidak disukai akan berlaku. Bukanlah berfikiran negatif atau paranoid, tetapi hanyalah sebagai persediaan.

update 15/07/2011:
Semalam selepas aku post entri ini, tiba-tiba my ex-housemate offer nak bagi Tv secara percuma. Alhamdulillah :)....Hmm, entah2 dia jumpa blog aku ni. Oh! No!!!!!. To my dear friends in case you all jumpa my blog, tolonglah jangan sebarkan ya :P.

Pagi tadi aku call my housemate Mm, ingatkan dia pergi uni. Rupanya ada dirumah. Aku nak ajak dia pergi Full Moon and drumming festival nearby our house. Tiba-tiba dia cakap, dia kena buat preparation due to last minute plan. Aku ingatkan they are going to Melbie earlier than their plan, rupa-rupanya depa nak pi Snowy mountain pulak awal pagi esok. Pelik jugak, tadi bila call An, dia lansung tidak cakap pasal plan tuh. Tak kisahlah aku dah pernah pergi ke sana. Hak orang kan, suka hati depa lah nak cakap ke tidak
. So, begitulah 'budaya' orang kita di sini ya. Buat hal sendiri dan jangan sibuk hal orang. Aku pun dah terbiasa dengan budaya itu lantaran pernah dicop sebagai penyibuk oleh my junior housemate. Housemate yang tidak ajak kami tumpang keretanya pun ada, walaupun kami menuju destinasi yang sama. So, terpaksalah kami berjalan kaki 40 minit. So, tak perlulah nak terasa hati atau kecil hati kalau orang tidak beritahu of their whereabouts and ask me to join them. Aku pun dah terbiasa kalau pergi mana-mana tak beritahu mereka. Fair kan.....Tapi yang peliknya depa ni, kalau depa tak beritahu takpe, tapi kalau aku tak bagitau, bengang pulak. Whateverlah.....So, tadi aku dah offer my snow gloves and my bubble jacket to Mm. Luckily she got water resistant track pants. So jimat duit, hanya perlu nak sewa kasut je nanti :)...Aku pun pelikkan, membebel dan suka complaint, tapi tolong jugak orang tuh waalupun orang tak minta hehehehe....biasalah orang yang berjiwa lembut dan sensitif ni kan :)))))))



No comments:

Post a Comment