Monday, January 23, 2012

Makan cili sampai pengsan

Cili apa yang korang nak?

Ada chili powder,

Ada dried chili

Ada cili api=bird's eyes chillies

Ada bell pepper....


Ya macam2 cili from 14/01-16/01.......

on 14/1, teringin nak sambal tumis, my favourite kan..so buat banyak nak simpan in freezer. Tapi awat rasa pelik ek.... Lagi mau tanya kan...padahal guna chili powder.....

Makan pulak dengan sup suhun....ala sanang baitu...curah air+bawang besar+bawang putih+perencah ayam+suhun+fucuk+carot.....

0n 15/1,
aku sarapan roti canai bercicahkan sambal ikan bilis tuh.
lunch nasi lemak...kanda masak guna cili kering.....
Malam..aku makan sup suhun with cili kicap of course guna cili api....

on 16/1
lunch with sambal ikan bilis again
dinner...sambal black fish..guna campuran cili besar, cili merah kecil dan cili api dan jugak capsicumon 17/1
bangun tido aku rasa sakit perut ala2 memulas....then selamat mengeluarkan isi perut.
But still rasa sakit. Walaupun tak selera nak brekky..ku gagahkan jugak makan roti+minum milo...Tak lama lepas tu pun, selamat mengeluarkan isi perut. Masa tu memang tak larat dah. perut sakit at one point belah kanan...dahlah memang almost all the time sakit kapla bahagian kanan. Tak boleh fokus mengadap laptop, ..nak study menyarap atas katil pun tak larat. At last aku tidor...Bangun, mandi, solat..Tak selera nak makan berat. Hanya makan beberapa butir anggur. Memang pelik sangat aku tiada selera makan, nak minum pun takde keinginan, cuba minum susah nak telan. Lepas tu aku tidor lagi....Memang tak larat nak bangun solat asar. Dah dekat pukul 6.30 kot baru aku larat bukak mata. Then duduk atas katil jap, terus aku tunduk ambil barang yang jatuh kat lantai...then aku berdiri minum air, tetiba rasa loya dan dizzy...Then I felt so weak that my leg could not support my weight. Rasanya aku sempat berpaut di kerusi dan dengar bunyi berdentum.....Sedar-sedar aku dah terbaring atas sejadah dan punggung belah kanan sakit. Agaknya aku pengsanlah tuh. Tak tahulah 15-20 mins kot. Badan pun dah berpeluh masa tu, so aku gagahkan diri bangun dan solat asar. Aku sembahyang duduk je. I was still nauseous and dizzy at that time. Mungkin juga aku dehydrated and kurang tenaga coz tak makan dan kurang minum.

Then aku tido lagi. Lepas maghrib n isyak, aku mmg tak selera nak makan, tapi coz takut aku pitam/pengsan lagi, aku paksa makan sikit baked potato+anggur. Then aku paksa diri baca artikel.............Cuma tak boleh lama-lama. Lepas tu selamat zzzzzzzzzzzzzzzz................

Itulah, agaknya perut aku dah tak tahan nak makan pedas-pedas ni. Bukan tak boleh lansung, tapi tak boleh selalu kot, macam hari-hari makan cili tuh...Terkejut kot perut aku. Tu yg affect body system dari sakit perut, dehydrated sampai terpengsan.....dahlah summer heat .....

Malu kan, nama je orang nogoghi...tapi makan cili sampai pengsan......Kerana cili aku derita.....

Seriau jugak ya, bila pengsan sensorang dalam bilik. Manalah housemate tau, lagi-lagi jika kami jarang bersua walaupun satu rumah. Kes sebegini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan. Teringat my friend case, pengsan dalam ofis. Mungkin kerana hentakan kuat, ada darah beku di kepala....dia koma. Tidak lama selepas operation, dia pergi buat selama-lamanya...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment