Siapa yang tidak kenal Dhia?
Siapa yang tidak kenal Ariana?
Siapa mereka?
Tak kanlah anda lupa dengan watak-watak ini.....
Si budak Kampung tiba-tiba bertukar menjadi seorang pelajar/pelancong di Paris. Walau apa sahaja watak yang dibawa, si pelakonnya tetap COMEL...comel semuanya...wajahnya, gaya percakapannya.....
Ya, itulah dia Nora Danish....
Suatu ketika dulu, Nora Danish begitu popular dan sinonim dengan Drama/Sitcom Puteri. Selepas itu, kalau tidak silap saya tiada satu naskah drama pun yang berjaya mengekalkan populariti Nora Danish, kecuali drama kisah rumah tangga dan penceraiannya di dunia nyata. Selepas rehat yang lama Nora muncul kembali bersama
Pada penghujung tahun lepas, tiba-tiba nama Nora melonjak kembali dan hangat diperkatakan dalam drama
Belum habis orang memperkatakan tentang kehebatan lakonannya dalam drama tersebut, dia muncul lagi dalam satu drama yang juga menarik iaitu Ariana Mikhail.
Memang bertuah Nora Danish, popularitinya kembali memuncak kebelakangan ini. Tiba2 minggu ini ada gosip Nora dan Apek pulak...whatever...Aku nak cerita perkara lain :P.
Tapi kenapa aku rasa jalan cerita drama Ariana Mikhail seperti serupa dengan sebuah novel yang aku sudah lupa tajuknya. Apakah memang benar ia adaptasi novel? Penat aku google setakat 1 Feb tapi tak jumpa pula, maklumat tersebut.
Novel tak ingat tajuk :
Kisah seorang pelajar perempuan Malaysia yang agak sosial di luar negara jatuh hati dan berkahwin dengan rakan senegara (Teringat betapa syahdunya ketika mereka bertukar jam tangan...). Perkahwinan tersebut tidak direstui oleh keluarga si perempuan kerana perbezaan latar belakang. Tiba-tiba si lelaki terpaksa pulang ke tanahair kerana ahli keluarganya sakit. Tetapi lelaki tersebut lansung tidak kembali ke luar negara. Hubungan mereka terputus begitu sahaja. Si perempuan menderita, tambahan larangan ahli keluarga untuk mencari si lelaki. Sebenarnya si lelaki diugut oleh keluarga si perempuan supaya berpisah, jika tidak bantuan kewangan untuk adik-adiknya yang masih belajar akan ditarik balik kerana pengaruh kuat keluarga si perempuan. Di luar pengetahuan si lelaki, si perempuan telah mengandung. Setelah beberapa tahun wajah si perempuan dan anaknya keluar di majalah. Dari majalah tersebut, si lelaki mendapat tahu anak tersebut berbinkan namanya. Walaupun ketika itu si perempuan telah ada sesorang yang menyayanginya, dia masih tidak dapat melupakan si lelaki. Akhirnya si perempuan kembali kepada si lelaki....
Drama Ariana Mikhail :
Kisah seorang gadis Malaysia, Ariana yang bercuti ke Paris dan akhirnya bercinta dan berkahwin dengan rakan senegara, Mikhail. Tiba-tiba Ariana terpaksa pulang ke Malaysia dan meminta Mikhail agar tidak mencarinya lagi. Mikail menghormati dan akur dengan permintaan tersebut. Setelah beberapa tahun mereka masih tidak dapat melupakan antara satu sama lain walaupun Ariana telah ada 'perjanjian' dengan Johan, Pengarah Urusan syarikatnya dan Mikhail telah bertunang dengan Mysara. Ariana mempunyai seorang anak yang disangkakan oleh ibunya sebagai anak luar nikah. Lantaran itu ibunya tidak boleh menerima dan memaafkannya. Selain itu mungkin juga ibunya terkilan dengan sikap Ariana yang tidak menuruti permintaan ayahnya supaya pulang ke tanah air dengan segera dan akhirnya tidak sempat menatap wajah ayahnya. Sementara itu, Mysara sanggup curang dengan Mikhail dengan mempunyai hubungan dengan Johan demi mencapai cita-cita dalam kariernya. Tiba-tiba muncul Raihan yang cuba memikat Ariana..............
Adakah anak Ariana berbintikan Mikail?
Adakah Mikail akan tahu kewujudan anaknya?
Adakah Ariana akan kembali kepada Mikhail?
Kita TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.....................
Tapi biasalah, jika adaptasi novel, biasanya jalan cerita tersebut akan diubahsuai, ditokok tambah untuk menambah elemen drama dan nilai komersialnya selain tertakluk kepada tempoh tayangan. Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Walau apa pun, penulis novel mesti berhati-hati semasa mengikat kontrak atau perjanjian dengan penerbit novel dan pembikin drama/filem. Penerbit novel dan Pembikin filem pula perlulah menghormati dan menghargai hasil karya penulis novel dan memberikan ganjaran yang setimpal dengan penat lelah mereka. Penonton pula terutamanya peminat tegar sesebuah novel, jika banyak bunyi dan tidak suka menonton drama/filem hasil adaptasi novel, anda hanya perlu tekan butang tukar ke saluran lain ataupun matikan tv...senang cerita jangan tengok ;))...peringatan untuk aku yang suka komen dan membebel gara-gara meletakkan harapan yang tinggi sebelum menonton..........
sy pernah bce novel tu tp still xleh recall tajuk..
ReplyDeletedrama melayu ni best kalau ada watak jahat je..macam watak mummy ke..pak abon ke..baru la geram terbakar nengok..huhu
ReplyDeletekalau semua shweettt lovey dovey manjang bosan juga..
Merah Baldu, tulah akak ingat jalan cerita, tapi tajuk fail hehehe...Lamanya menyepi. Mmg lama u tak update blog kan.
ReplyDeleteCik sibuk, memang kena ada antagonist...sebagai penambah rasa ;))....
Cik Rose...TQ jadi geng ;)...
fairy, mls gle nk update blog..huhu.ble lg nk blik malaysia?nti blik dtg la Langkawi
ReplyDeletetu novel Sehangat Asmara by Aisya Sofea...dulu zaman belum kawen, feeling2 baca novel tu..skang ni, menyampah lak bila ingat2 balik..hehee...
ReplyDelete