Senja tadi, sebaik sahaja keluar dari woolies, saya terpandang seorang remaja lelaki berbadan tegap tetapi rendah yang mungkin berketurunan Fiji sedang berlari-lari anak melintas jalan (1). Bila dia tiba di seberang jalan, tiba-tiba dia berlari dengan pantasnya seperti dikejar sesuatu. Kemudian kelihatan beberapa orang remaja lelaki yang mungkin berketurunan Itali atau Greek seperti terpinga-pinga dan tidak semena-mena mereka bertempiaran lari menuju ke arah yang sama seperti remaja berketurunan Fiji itu (2). Remaja berketurunan Fiji itu terus berlari melintas jalan di simpang empat. Tiba-tiba dia seperti terkejut dan berpatah balik dan terus tidak kelihatan lagi. Remaja yang lain juga berpatah balik dan lari menyelinap di lorong belakang bangunan. Ketika itu juga kedengaran siren kereta polis, dan kemudian kelihatan kereta peronda datang dari arah simpang empat menuju ke arah belakang bangunan (3).
Beberapa saat selepas itu kedengan siren kereta polis lagi, kali ini dua kereta peronda menuju ke simpang empat tadi dan berhenti di situ (4). Dari jauh kelihatan seperti polis dan beberapa orang berkerumun di tengah-tengah simpang empat itu. Adakah polis berjaya menangkap remaja tadi? Rasa ingin menuju ke situ, tapi saya takut.
Ketika saya berjalan menuju ke lampu isyarat untuk menyeberang jalan, kelihatan beberapa orang gelandangan dan salah seorang dari mereka terhuyung hayang dalam keadaan mabuk dan seperti menganggu orang yang lalu lalang di belakang perhentian bas (5). Pastinya saya sangat takut, maka saya berusaha menggunakan laluan kecil di depan perhentian bas. Memanglah kena berhati-hati sambil menoleh ke belakang, takut disondol oleh bas pula.
Lega, bila dapat melintas jalan tanpa gangguan. Saya duduk di sebelah wanita OZ di perhentian bas yang bertentangan. Tiba-tiba salah seorang gelandangan itu melintas jalan menuju ke arah kami. Saya sudah mula bimbang. Minta dijauhkan dia dari berbuat apa-apa kepada kami. Mungkin dia mahu minta wang seperti kebiasaan golongan seperti itu. Oh! rupa-rupanya gelandangan aborigine itu mahu menjual sehelai tshirt yang masih ada tag dengan harga AUD10 (6). Pastinya kami menolak. Di seberang sana pula kelihatan gelandangan yang lain seperti bertengkar sesama sendiri (7).
Kemudian, muncul pula salah seorang dari remaja lelaki Itali/Greek tadi berdiri berhampiran tempat duduk kami. Ada seorang lelaki bertanyakan apakah yang telah terjadi di simpang 4 itu. Saya cuba mencuri dengar perbualan mereka. Alamak! Kantoi...remaja lelaki itu memandang saya. Tidak lama kemudian rakan-rakannya pula tiba (8). Perasan bimbang kembali muncul, janganlah mereka membuat hal di sini. Alhamdulillah, akhirnya mereka beredar pergi.
Tidak lama kemudian, bas pun tiba. Cepat-cepat saya naik duduk di depan sekali supaya nanti senang melihat apa yang berlaku di simpang 4. Apabila bas sampai di simpang 4, kelihatan beberapa orang polis dan mungkin juga ada ahli paramedik mengelilingi seorang remaja Aussie yang terlantar tidak sedarkan diri di sebelah skate boardnya (9). Tidak tahu bagaimana ia terjadi, sama ada dia jatuh sendiri atau dilanggar oleh kenderaan, yang pastinya terus lemah lutut melihatnya. Rasanya inilah kali pertama saya melihat kemalangan di bumi kangaroo ini. Sepanjang dalam bas jantung saya berdegup kencang dan ia terus begitu sehinggalah kini iaitu selepas 5 jam berlalu.
Kronologi kejadian seperti dalam gambar.....Hmm...what a night!!!!!!! From one to another :(.
update on monday 4/12/2012:
Here is the news about the 'running teens case 1 and 2'------------------
A 19-year-old man will appear in .... Local Court next month after allegedly assaulting a man on ..... Street yesterday.
Police
will allege the victim was walking in the mall about 8pm when he
noticed a group of up to eight males running towards him.
The man turned and ran to ....Street where the group caught him and allegedly began assaulting him.
Police claim he was knocked to the ground during the assault.
A passing detective car pulled up and the officers gave chase, catching a 19-year-old man.
He was arrested and charged with affray and will appear in Local Court on December 18.
The victim sustained a minor head injury and was transported to the Hospital.
sadis! hati2 kat tempat org ye...
ReplyDeletethanks...memang kena sentiasa beringat
Deletemacam2. berhati2 selalu
ReplyDeletetu la sehari macam2 kisah. Thanks :)
Delete