Tuesday, November 20, 2012

Nasi kerabu OZ terakhirnya....

Inilah entri yang I tulis sedikit demi sedikit since last Tuesday :).

Hari Isnin minggu lepas, si Filipino kata dia makan di The Malaya, Malaysian Restaurant in Sydney. Antara menu yang di order adalah otak-otak dan beef rendang.

click image for source

 Tapi katanya, rendang kanda lagi sedap :). Dia juga cuba mencari the green rice like the one that I cooked previously.. Confirmlah tiada kan, melainkan di Madam Kay, Melbourne


....Hmm..dia teringinlah tu....

Memang sebelum itu I berhajat nak masakkan untuk dia knowing that she really like that green rice :). I have shared that in previous post. So, bila dah disebut tuh, lagilah I nak masakkan. Bila bab makanan ni, I kalau boleh memang cuba menunaikan keinginan tekak sendiri dan orang lain, lagi-lagi jika mereka akan pergi jauh dan mungkin kami takkan bersua lagi. Tapi I sangatlah sibuk. Konon nak pi beli barang petang Isnin, tapi tak sempat. Akhirnya petang Selasa barulah I dapat pi, itupun menggagahkan diri keluar juga walaupun bilik perlu dikemas, selain tuntutan tanggungjawab sebagai pelajar. Niat di hati nak beli daun kesum, takde pulak. Kalau beli taugeh takut susah nak perabih. Hmm..guna je lah sayur apa yang ada dalam fridge. Lantaklah kalau kobis tinggal part yang keras hahhaha. Anyway, I berjaya masak juga sambal ikan dan sambal tumis pada malam Selasa itu. Bila dia balik..suruh dia tengok what did I cook for her. What a priceless moment to see her jumping in excitement with her glowing face and smiling, shining, sparkling eyes...

Di sebabkan saya sukar tido dari 12am, maka saya bangun dan berjaga dari 3.50am hingga 6++am. Khuatir saya bakal tidak tentu arah akibat kurang tido, pastinya saya paksa juga lelapkan mata selepas itu. Akibatnya, pagi rabu 9.45 am barulah saya ke dapur. Si Filipino dan temannya ada di dapur. Musykil juga bila dia meminta melihat semula sambal ikan itu hehhehe. Dah tak sabarlah tuh...kesian juga. Tapi malas pulak nak suruh dia rasa since I belum masak nasi lagi. Maka haruslah I masak nasi dan rebus solok lada berserta menyiapkan ulam-ulamnya.  Cili besar mahal, so saya guna big green long capsicum. Tapi filling solok tu masin coz tak cukup terendam dalam santan. Guna je frozen leftover filling hehhehe. Saya jangkakan si Filipino sudah sarapan pagi dan akan keluar tengahari, maka saya masukkan portion for her in one food container untuk di makan di petang/malam hari. But not this portion


Niat di hati masukkan dalam many compartments container itu untuk tujuan ambil gambar sahaja dan pastinya apa-apahal I nak sarapan dululah........Wah! sarapan nasi kerabu in OZ you..........


Tiba-tiba si German pula turun ke dapur dan musykil apa yang I buat dan kenapa I masak dan prepare begitu sekali. So,  I hanya kata that I was craving for it plus the filipino like it. Malas pulak nak cakap that I purposely cooked that dish for the filipino. Suruh dia rasa, memula tak mau. Tapi lepas tu katanya nak sesudu je. So, I asked her to join me dan panggil si Filipino. Yang kelakarnya si Filipino tu siap disconnect her skype with her friends to join us :). Maka hidangan yang pada asalnya untuk tujuan fotografi menjadi santapan kami bertiga hehehhe...


Dia siap cakap dengan si german that this is one of my dish that she really like the most. Dia paling suka sambal tumis kuning tuh. And again I couldn't help but feel touched when she looked at me with appreciating eyes and said that she really glad that I was craving for it so that she can enjoy it too. Si german nampaknya kurang suka sambal ikan, dia prefer makan sambal tumis kuning dan telur masin. Memula dia makan sepiring kecil nasi, then dia tambah lagi sikit nasi heheheh.........Hilang segala penat, bila dapat buat orang lain gembira di hati dan kenyang di perut :)...Bukan itu sahaja, bila masak dengan banyak, boleh makan banyak dan banyak kali hehehhe..........Penat sekali, makan berhari-hari ;)))))).

Dan pastinya saya packed untuk ofismate dan dua orang rakan lain. Rasa macam mokcik pasar malam pula hehhehe...........


Suruh kanda tapau, katanya nak makan ketika balik malam nanti lagipun dia sudah pun menyiapkan bekalan untuk berbuka berpuasa di uni.

Indo Ofismate memang suka sangat dengan nasi kerabu ni, lagi-lagi serunding ikan. Lantas saya suruh dia search this recipe. Definitely a keeper recipe :). Kalau dulu menurut si Filipino, ayah dan kakaknya mungkin suka this dish, kali ini si Indo kata mungkin anaknya suka.

Rezeki saya pula bila rakan belanja saya ..........eh dia tak cakap dia nak belanja, tapi saya anggap je dia belanja hahahhah............Semoga murah rezekinya.


Bila balik rumah, pastinya dah malam. Suruh kanda makan nasi kerabu. Tapi bila dia melihat kerabu dan lauk pauk lain dalam bekas pelbagai ruang tuh, dia boleh cakap tak reti nak makan. Pulak dah, campur je lah semua tuh hehehhe. Macamlah tak pernah makan nasi kerabu yang I buat dulu....whatever. Bila I jenguk periuk nasi, I terkejut coz nasi yang I tinggalkan untuk kanda yang mungkin cukup sepinggan, tinggal separuh je. Kesian dia...tak pelah, better than nothing. Hmm..mungkin ada sesiapa yang mengulang makan ketika saya ke uni :).

Pada awal pagi hari Khamis, ketika saya nak berwuduk, tiba-tiba si Filipino hug me to wish good bye. Sebelum itu saya terdengar dia berborak dengan kanda dan jiran kami, filipino juga. Awalnya jiran bertandang, sebelum 4am tuh hehheheh. Pastinya kanda bangun awal untuk bersahur. Yelah katanya haritu tak ambil lunch dan tak makan apapun selepas brekky, dan hanya makan selepas pukul 7pm disebabkan fokus dengan kerja. So, I suggested to her it is better for her to fasting rather than torture her body like that. Hehhehe...I sarankan aje, sendiri buat idok le. Memang kuat daya tahan kanda berpuasa menjelang musim panas yang pastinya tempoh masa berpuasa lebih lama dari 4.04am-7.41pm. Itupun nak kecoh kan. Orang lain ada yang berpuasa lebih 17jam ok je.

Anyway, selepas solat subuh saya turun ke bawah dan berikan si Filipino farewell gift....Asalnya, nak bagi salah satu dari key chain ini,


tiba-tiba-tiba ubah fikiran dan bagi  card holder ...........


Then, kanda turun semula. Tidak lama kemudian, Si American pun menyusul. Memang rutin hariannya bangun awal bersarapan dan pergi ke gym seawal 6 pagi. Kemudian, berjanggutlah kami menunggu airport pick up. Pukul 5am, si german pula turun. Sebaik si Filipino nak melangkah keluar, minah Iran pula keluar dari biliknya. Good bye mate ....................Macam tak percaya pula kami semua bangun awal pagi dan keluar mengiringi pemergian si Filipino.....Malah, si mamat Iran jiran kami yang baru balik dari clubbing pun terkejut melihat kami semua diluar rumah di awal pagi hehhehe........

Hari jumaat, iranian pulak left the house..she will meet her prospective husband thru arranged date set up by the family in Perth and will be away for 2 months. Then, kawan si filipino tu pulak moved in to her room. Balik malam tu kan hujan lebat, dahlah kesejukan dan kelaparan sampai je rumah at 9pm tengok ada tetamu kat living room. Tak tercapai hajat nak goreng bilis dan makan2 depan tv grrrrrrrrrr. Tinjau jap, ramai pulak minah salleh-american, oz, german, aussie and dutch..jiran2 kamilah tuh. Sah-sahlah saya hanya berdiri je, semua seat dah fully occupied. Amboi bukan main lagi si lesbi tu selamba je berpangku...ewwwwwwwwwwwwwwww. Owh depan kami Asian malu ya..depan european selamba badak ya....

hari sabtu pulak...the german went away for holidays  with her bf for 3 weeks, then she will come back here and stay for only 2 days before going back to german for good..........

so tinggalah me, kanda, the new filipino and the american......oppps....with her girlfriend............

Tengahari ahad, ketika turun ke dapur...amboi bukan main si minah lesbi awek the american menonton tv....makin naik tocang nampak...just like her own house huh.

Hari isnin pagi, kasut gf si lesbi tu ada kat pintu...hmm overnite kat sinilah tu. Bila I nak pi uni, bukan main lagi gelak ngekek dalam bilik...jangan fikir bukan2....berdesing2 bunyi, depa tengok action movie kot. Tapi...Tapi....dulu kami musykil why there was loud music on certain days when the two of them together in the room...oh jangan fikir bukan-bukan...alamak terfikir...ewwwwwwwwwwwwwwwww. Eh..camna pulak dari nasi kerabu tercerita pasal minah lesbi ni...isk...isk...isk..............

Every single thing, saya ceritakan...padahal petang tadi baru chat YMchat with my friend :

Dia : bila lihat di facebook...lihat kehidupan org lain seperti happy go lucky. tu yg malas nak tgk fb.
Me : orang takkan tunjuk kesedihan mereka di FB, tu hanyalah a small fraction of their life. bila org lain tgk life kita, org lain mungkin nak jadi macam kita ;).

Me cakap tak serupa bikin kan. Ok, maybe a small fraction for my FB, but not this blog ...didn't miss to jot down any tiny details wakakaka. pssst.........ada ke orang nak jadi macam saya ;).

Merujuk kepada kesedihan rakan saya; saya memahami kenapa dia berkata begitu. Dalam masa 5 bulan ini sahaja, satu demi satu dugaan besar yang dialaminya.  Bila kita ditimpa musibah atau bila kita melihat kelebihan orang lain, mungkin terdetik di hati kenapa kita tidak seperti mereka, kita ingin juga kelebihan itu. Adakalanya yang di darat sibuk mendongak ke langit ingin jadi seperti burung bebas berterbangan, tapi mungkin ada juga yang di dalam air ingin bebas berlari di darat. Maka, untuk rasa bahagia, kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat dan nikmatilah apa yang kita ada, daripada tercari-cari apa yang kita tiada. Ada ramai lagi yang lebih susah dan sengsara dari kita. Usaha tetap usaha...Rezeki dalam apa jua bentuk takkan datang bergolek. Tapi apa jua yang kita dapat dan tempuh, kita kena redha. Ya, mudah dicatat, lancar diungkap....tapi hanya yang menanggung beban yang tahu betapa siksa dan sengsaranya.

Dan andaikata kehidupan kita bahagia, berjaya, serba lengkap segalanya jangan pandai-pandai menilai, menghukum dan menghina orang yang serba kekurangan. Allah Maha Adil. Sejauh mana dan setinggi mana burung terbang, bila malam menjelma, burung tetap kembali ke sarangnya. Langit juga tidak selalu cerah di siang hari, burung yang bebas berterbangan mungkin tiba-tiba ditimpa hujan, menggigil kesejukan. Mungkin tiba-tiba di panah petir, hangus terbakar....Mungkin juga disumpit atau ditembak sang pemburu, lalu jatuh terhempas ke bumi...Mungkin juga berlanggar dengan kapal terbang, bersepai di udara opppssss....spoilt je kan hahahhah...punyalah ayat ala2 berseni sekali keluar ayat ganas.  Moralnya...lu fikirlah sendiri  :P..........

Oklah setelah penat makcik membebel ni, haruslah makcik submit latest version of abstract etc to Pakcik Adelaide. Kalau tak ngantuk, boleh reread my draft, so tomorrow bolehlah mengucapkan selamat kembali kepada my last project, si kloroform tuh.......kalaulah I boleh tekap kloroform kat muka spv semalam kan bagus, so kalau dia tersedar semula dia pun lupa arahan itu hehhehe...

No comments:

Post a Comment