"Mama, jangan kecewa tau"
"Biarlah, Iman kecewa sorang"
Siapa yang tidak sedih mendengar kata-kata itu. Kata-kata seorang budak yang kecewa kepada ibunya sehari selepas keputusan UPSR diumumkan. Biarlah...biarlah, dia berkata-kata daripada diam seribu bahasa, wajah sugul, enggan menjamah makanan, tiada keinginan membeli majalah kegemaran seperti pada hari pertama. Ibunya bercerita lagi, katanya
"rasa nak buat je lagi UPSR tu"
Ya, masa tidak boleh diputarkan kembali. Tapi, jika diberi peluang sekali lagi, pasti dia akan buat bersungguh-sungguh.
Dia : Mama, nanti PMR...Iman nak buat betul-betul
Mama : Nanti PMR takde dah
Dia: SPM?
Mama: Ada kot.
Dia: Nanti lepas SPM, kalau result bagus masuk uni kan. Kalau tak bagus masuk form 6 ya?
Sebaik sahaja saya meletakkan telefon, terus berderai air mata tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Sukar untuk melelapkan mata dengan perasaan yang berbaur-baur. Ingin sekali mendakap dia. Jika saya mampu, pasti saya akan terbangkan dia ke bumi kangaroo ini. Tidak boleh sebaliknya, takut saya tidak kuat untuk kembali ke sini.
Rasanya dia masih mencuba untuk menerima hakikat bahawa keputusan UPSRnya tidak seperti yang diharapkan olehnya, guru-gurunya dan kami sekeluarga. Terasa ingin menyarankan dia memohon semakan semula keputusan, iaitu dengan bayaran RM10 bagi setiap subjek yang ingin disemak semula. Tapi, bila difikirkan semula....biarlah dia belajar mengenal erti kehidupan. Adakalanya ceria berwarna warni, adakalanya penuh onak dan duri. Tidak semua apa yang dia mahukan, akan tercapai.
Saya tidak tahu bagaimana dia membuat andaian mengenai form 6 itu dan
dari mana dia mendengar cerita itu. Tapi, apa yang buat saya terharu,
ialah semangatnya. Semangat ingin berjaya di masa depan, hasil dari
kekecewaannya sekarang. Mengambil kata-kata Anon dalam post sebelum ini
"Upsr bukan penghujung, cuma permulaan"
rasa seksa je budak2 ni amik upsr sebab stress ngalahkan student kat uni... malas nak kisah anak dapat byk A atau tak.. janji dia tau apa yg dia belajar, enjoy in school & jangan lah corot teruk kan.. kena encourage & cerita tentang future life yg diorang kena tempuhi etc..
ReplyDeletemulan..tu la pasal, udah macam buat phd pulak hahahhah. Memang pun kami harap dia dapat 5A or at least 4A...cucu sulongkan. tapi kalau dapat less pun kami tetap terima coz memang tau dia dah usaha dan tidak putus berdoa. Cuma yang tak tahannya sebab dia nampak sedih dan terus terang cakap kecewa. Kesian sangat....Thanks for that suggestion. I'll let my sis know untuk pulihkan semnagat my nephew :)
Delete