Monday, November 12, 2012

Laksam kuah kaca dan misteri penutup yang hilang

Last week kan kami makan laksam. Di pagi hari kejadian,  saya lihat dia sedang menapis kuah laksam. Tapi saya tak fokus sangat apa yang dia kata, ada banyak butir-butir kaca dalam kuah itu? whatever. Bila saya turun semula ke dapur, si dia bertanyakan kemanakah hilangnya penutup kecil blender.


 Katanya, sabtu malam dia terpaksa menutup lubang kecil dengan pinggan. Saya lantas membuat lawak, entah2 dia blend penutup itu. Tapi of courselah tiada siapa yang percaya.

Tak sedap hati and she didn't want to take the risk, lantas si dia membuang kuah laksam berkaca dan membuat yang baru. Pelik, dari manakah datangnya butir-butir kaca itu? Dia pun musykil, tapi katanya mungkin dari tuna in can itu. Bila ditanyakan apakah brand tuna in can dan dimanakah dia membelinya. Katanya tak ingat.

Semasa si german makan laksam, dia tergigit sebutir 'kaca' approximately 4mm in diameter. Pelik...masih ada lagi walaupun telah membuat kuah yang baru. Hmm..adakah datang dari can yang lain pula. Tapi itu sajalah sebutir yang ditemui. Mungkin si dia tidak membasuh blender atau periuk dengan bersih. Bila saya belek, memanglah nampak macam kaca, tapi bila ditimbang-timbang terasa ringan je. Ini menguatkan lagi jangkaan saya yang si dia telah mengisar penutup plastik blender tuh hehhehe. Tapi disebabkan hanya sebutir 'kaca' ditemui, mereka terus menikmati laksam tersebut.

Malam itu, sambil I menikmati laksam kami berborak pasal misteri kehilangan penutup dan kewujudan butir kaca. Walaupun dia terfikir in case housemate membuangnya, tapi tak mungkin depa nak buang sesuka hati barang orang. Bila ditanya sekali lagi beli di mana fish in can tuh. Katanya they are  given by her friends. Pelik juga, setahu I kawan dia banyak bagi spices sahaja. Malah dulu dia membuat laksa pun menggunakan mackerel in can yang di beli di woolies. Bila ku tanya brand, katanya tak ingat. Yelah bolehlah kita complaint pada that company.

Keesokan harinya, saya lihat pada blender ada crack.  Malah banyak calar dikelilingnya.



Hmm...memang penutup itu dikisarkah? Tapi takkanlah si dia tak perasan penutup itu jatuh ke dalam, takkan tiada bunyi kuat dihasilkan, mustahil dia tak dengar bunyi tersebut. Tapi hati kecil tu tetap kuat mengatakan si dia telah mengisar penutup itu. Apatah lagi pada sabtu malam itu dari bilik atas saya dengar bunyi blender kuat berlainan dari biasa. Hairan juga dengan bunyi tersebut, tapi memikirkan yang mungkin dia letakkan blender atas permukaan yang tak rata, kehairanan itu lenyap sahaja.

So, pada hari Isnin malam saya memberitahu berkenaan blender yang ada tanda retak dan dengan berhati2 saya beritahu mungkin dia dah blend penutup itu.  Then, tau apa dia cakap
"Mungkin juga, patutlah masa blend halia ada bunyi kuat"

Adoyai.......lawak tak...cakaplah lawak............bila penutup blender dikisar si dia hahahhahhah 

Hari sabtu baru ini borak dgn si german. Entah camana terbagitau dia cerita ini. Katanya this is the most memorable thing in OZ, selain kejadian si dia accidently locked her car door at Aldi and left the engine running, so  she had to come back to pick up her spare key and went to Aldi again by bus. Owh yang kes kedua tu I rasa kesihan coz ia berlaku di bulan puasa.

 Tadi, si filipino tetiba bertanyakan tentang butir kaca tuh. Dia pun rasa bukan kaca. Lagipun takkah pelik katanya tuna in can, tapi ada kaca, lainlah kalau tuna in bottle hehehhe...

Sekian, lawak di hari senin :P

P/s:
Bukan nak aibkan sesiapa. Ini sekadar catatan pengalaman saya di perantauan :)
Selain sebagai peringatan untuk kita semua, jika tiba-tiba berlaku sesuatu yang pelik, terdengar bunyi lain dari biasa atau jika tiba-tiba terdetik di hati, maka berhentilah mengerjakan apa yang kita buat, dan periksa apa yg patut :)................

No comments:

Post a Comment